Pengharaman ini boleh berlaku dengan tiga sebab:
1.
Haram disebabkan keturunan (nasab)
a.
Bapa atau ibu kandung dan ke atas: iaitu bapa
kepada bapa atau ibu kandung.
b.
Anak kandung ke bawah: termasuklah anak lelaki/perempuan
kepada anak kandung lelaki/perempuan (cucu, anak kepada cucu dan seterusnya).
c.
Adik beradik lelaki/perempuan seibu sebapa:
termasuklah adik beradik seibu sahaja, atau sebapa sahaja.
d.
Anak kepada adik beradik lelaki/perempuan (anak
saudara)
e.
Adik beradik lelaki/perempuan kepada ibubapa
kandung (pakcik/makcik).
2.
Haram disebabkan penyusuan
a.
Suami kepada ibu susuan
b.
Anak kandung kepada ibu susuan
c.
Anak kepada adik beradik lelaki dan perempuan
susuan
d.
Adik beradik lelaki dan perempuan kepada ibubapa
susuan.
3.
Haram disebabkan perkahwinan: (Pengharaman ini
adalah selama-lamanya, tidak boleh berkahwin walaupun sudah berlaku perceraian)
a.
Suami kepada ibu kandung/ isteri kepada bapa
kandung (yang baru dikahwini)
b.
Suami kepada anak perempuan/ isteri kepada anak
lelaki (menantu)
c.
Bapa kepada suami/ ibu kepada isteri (mertua)
d.
Anak lelaki kepada suami yang baru dikahwini/ Anak
perempuan kepada isteri yang baru dikahwini (anak tiri)